Skip to content
blank

Nyatakan sokongan untuk mengangkat sejarah sebenar Tok Pelam serta melindungi warisan sejarahnya yang mencecah lebih 200 tahun!

Bersama kita pastikan Kompleks Warisan Ladang Tok Pelam berjaya dimasukkan ke dalam Daftar Warisan Kebangsaan.

blank

Tok Pelam merupakan nama gelaran tempatan untuk Syeikh Abdullah bin Abdul Aziz. Berasal daripada Hadramaut, beliau kemudiannya berpindah ke Pattani Darussalam sebelum ke Kampung Pelam, Hulu Terengganu di mana beliau mendapat nama gelarannya sempena kampung berkenaan. Seterusnya beliau berpindah ke Kuala Terengganu dan menetap di Kampung Ladang Titian.

Sebelum ini tidak banyak berkenaan dengan beliau melainkan beberapa kisah lisan tentang keramat beliau. Kisah yang paling terkenal adalah kisah Keramat Tentera Pasir bersama Syeikh Ibrahim Al-Amudi yang membantu Sultan Mansur I mematahkan serangan tentera Siam kerana menghentikan penghantaran bunga Emas.

Ganupedia: Kisah Keramat Tentera Pasir

Kompleks Warisan Ladang Tok Pelam

Rentetan daripada tindakan beberapa pihak yang mula mengetengahkan pensejarahan palsu mengenai Tok Pelam, Pertubuhan Dansanak Haji Awang Bin Chik dan Gerakan Kemasyarakatan Ganutalgia melakukan 4 siri penyelidikan di Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu dari Oktober 2024 hingga 2025 dan menemukan 14 dokumen rasmi.

Warisan Ketara Tok Pelam

blank
blank

Pintu Gerbang

Dengan seni bina Melayu dan Cina, binaan ini memiliki pendakap kayu 'hua-gong' menjadikannya struktur 'dou-gong' pertama di maritim Asia Tenggara.

blank
blank

Makam Tok Pelam

Dimakamkan di sebelah pondok tempat beliau menyendiri, cicitnya membaik pulih dan membangunkan binaan 'Kaabah Tok Pelam'

blank
blank

Perkuburan

Rekod mahkamah 1936 membuktikan bahawa telah wujud tanah perkuburan berpusat di tanah milik persendirian di Malaysia ketika itu.

blank
blank

Surau Tok Pelam

Kedudukan Surau di pinggir ladang kelapa dan jauh dari petempatan ketika siap dibina membuktikannya dibina Tok Pelam untuk pengurusan jenazah.