Ancaman Terhadap Warisan Tok Pelam
Damnatio Memoriae Terhadap Tok Pelam
Perlucutan identiti dan warisan dalam sesebuah kerangka sosial berlaku sejak sekian lama. Seperti mana yang berlaku kepada Palestin apabila organisasi haram Israel melucutkan kerangka sejarah dan budaya sosial tanahair Palestin dalam bidang persejarahan dan fakta pada hari ini.
Keadaan ini berlaku sejak daripada zaman Empayar Rumawi lagi. Dikenali sebagai istilah Damnatio Memoriae yang mana diterjemahkan kepada “Penghinaan Kepada Kenangan”. Teknik ini terdiri daripada kaedah menghapuskan semua kesan sejarah warisan kepada seseorang.


Ini sedang berlaku kepada Surau Tok Pelam dan persejarahan Tanah Tok Pelam apabila Jawatankuasa Surau Ladang Tok Pelam melalui Pengerusinya Haji Abdul Rani bin Abu Bakar menghantar surat kepada Bank MBSB menyatakan sejarah Surau dan Kampung Ladang Tok Pelam. Kejadian seumpama ini tidak sepatutnya berlaku apabila pihak yang tertubuh secara rasmi menggunakan maklumat yang tidak ditentu sah dan diragui faktanya. Tambahan pula ini berkaitan dengan institusi surau yang bukan sahaja bertindak sebagai pusat komuniti tetapi sebagai identiti sejarah dan kebudayaan tempatan.
Bukan sahaja surat berkenaan menafikan bahawa Surau Tok Pelam merupakan milik Tok Pelam seperti mana fakta-fakta yang diperkukuhkan daripada fail A.M.T.3/1355, bahkan institusi Jawatankuasa surau menafikan keabsahan dan milikan Tanah Tok Pelam yang mana telah menjadi sejarah umum sejak dari dahulu lagi.
Menurut surat berkenaan, surau berkenaan hasil wakaf setempat dan orang ramai dan Surau serta Tanah Tok Pelam diwakafkan 0oleh tiga orang penduduk tempatan iaitu Haji Ishak, Haji Abdul Rahman dan Haji Jusoh.
Namun berlainan daripada rekod yang ditemui di Arkib Negara Malaysia apabila rekod A.M.T.3/1355 menyatakan bahawa Surau berkenaan telah dibina oleh Tok Pelam sendiri. Rekod Arkib Negara Malaysia juga menunjukkan bahawa baik pulih surau terkini telah dilakukan pada tahun 10 Disember 1962 yang mana ketika berdasarkan laporan dari Haji Ismail bin Husin, Guru Pelawat Agama Kuala Terengganu. Laporan berkenaan ditunjukkan oleh gambarajah di bawah

Laporan berkenaan menunjukkan bahawa surau berkenaan telah dibaik pulih sepenuhnya dengan bantuan Kerajaan Negeri dengan jumlah RM1,000.00. Dalam tuntutan oleh Ismail bin Tahir yang merupakan Setiausaha Surau Tok Pelam ketika itu serta Sulong bin Husin yang merupakan Ketua Tukang, perbelanjaan daripada bantuan Kerajaan itu adalah:
- $111.00 – Membuat 3 Pintu Besar.
- $387.00 – Membuat 18 Jendela.
- $83.00 – Membuat dinding.
Dalam rekod yang sama, derma orang ramai hanya dikutip sekitar tahun 1970-an bagi membuat tandas surau. Derma ini dikutip oleh Ramli bin Haji Omar dan disokong oleh Pengerusi surau ketika itu iaitu yang juga imam surau, Abu Bakar bin Tahir. Beliau merupakan bapa kepada Pengerusi Jawatankuasa Surau pada masa ini. Jawatankuasa Surau ini walau bagaimana pun telah digantung oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
Surat rayuan derma Ramli bin Haji Omar dan surat sokongan oleh Abu Bakar bin Tahir untuk derma tandas berkenaan ada ditunjukkan seterusnya


Ini menunjukkan bahawa bangunan surau telah dijaga dan di selenggara dari 1816 hingga 1962 sebelum berlaku baik pulih besar-besaran. Ini bermakna selama seratus empat puluh enam (146) tahun, surau berkenaan dan juga perkuburan telah dijaga oleh waris dengan dana dari peti khairat Tok Pelam.
Ini juga selari dengan sejarah apabila tanah wakaf zuriat Tok Pelam diwujudkan, maka barulah surau berkenaan diambil alih oleh Jawatankuasa Surau yang terdiri daripada penduduk tempatan. Seharusnya, apabila tiada lagi kariah untuk surau berkenaan dan surau tidak lagi menjalankan kegiatan komuniti, pengurusan surau hendaklah dikembalikan kepada zuriat Tok Pelam dari waris pewakaf bagi menyambung tanggungjawab memandangkan mereka akan menerima manfaat daripada wakaf berkenaan. Ini menjamin kemampuan kewangan bagi surau yang tiada kariah lagi memandangkan penerima manfaat wakaf yang juga waris masih mempunyai warisan tanggungjawab